Tuesday, June 29, 2010

SUDAH BERLALU DETIK ITU...

Allah masih meminjamkan usia ini buat saya...

Hari ini atau malam ini, lebih kurang 272 hari saya berpijak di bumi tinggalan nabi Musa a.s. ini..9 bulan?? ya, begitulah lebih atau kurangnya..Alhamdulillah...Saya suka menganggap bahawasanya kemasih beradaan saya di sini ialah kerana Allah mahu saya terus belajar dari apa yang saya dapat di sini, tidak kira sama ada ilmu yang saya perolehi dari kitab-kitab yang memang banyak di sini, ataupun ilmu yang Allah bekalkan melalui pengalaman..pahit atau manis...semuanya ada mesejnya yang tersendiri..

Saya masih teringat lagi ketika mula-mula sampai dulu..Ketika itu, diri ditimpa ujian yang terlalu berat..merampas seluruh kekuatan..meragut semua impian saya..Boleh dikatakan hampir setiap hari dan malam saya menangis..tidur asyik terjaga..memikirkan dan terfikir apa yang menimpa..ditambah pula dengan ingatan terhadap keluarga yang jauh (saya kan baru sampai)..Dalam keadaan sebegitu, amat payah untuk saya jana kekuatan..Macam-macam dalam fikiran..terasa bagai jatuh lalu ditimpa tangga kerana tekanan yang datang bertubi-tubi..terasa juga seperti sampah, lalu dicampak sewenang-wenang , kemudian dipijak dan diludah tanpa setitikpun pun belas kasihan..itulah yang boleh saya gambarkan..Secara jujurnya, itulah ujian yang paling berat untuk saya hadapi..Ya Allah...sebenarnya berat lagi kasih-Mu padaku...Aku malu...

Masa tu banyak aktiviti yang perlu saya ikuti..maklumlah,pelajar baru...banyak program yang telah diaturkan..Alhamdulillah, kesibukan waktu itu melupakan saya pada cerita pahit yang masih mekar dalam bunga fikiran..Semuanya dengan izin Allah...Namun kadangkala cerita itu bermain lagi dalam wayang minda dan perasaan yang sangat tidak menentu waktu itu..Ya Allah...betapa lemahnya imanku....

Saya mengikuti hampir semua program yang dianjurkan..Antara lain niat saya untuk mencedok ilmu..dan memperkasakan iman melalui majlis-majlis ilmu serta jalan untuk dekatkan saya pada-Nya. Muhadharah Syeikh, kelas Tafaqquh, Daurah kitab termasuklah jaulah ke maqam-maqam sekitar Mansoura (tempat saya tinggal sekarang), Iskandariah dan lain-lain..Alhamdulillah..melalui ujian yang saya anggap perit itu, terbisik di dalam hati sebenarnya Allah mahu menyedarkan saya dari kelalaian..Allah sebenarnya sedang menghulur tangan-Nya untuk menarik saya dari kejahilan..Subhaanallaah..Bukankah itu tangan yang saya cari?...

Namun itu semua telah berlalu...Bukankah setiap kesusahan itu akan Allah susuli dengan kesenangan? Hati terhibur pabila membaca janji Allah ini..Sungguh janji Allah tidak pernah dusta...Ya Allah..ampuni hamba-Mu yang lemah....

"Allah akan bantu kita mengikut apa yang kita niatkan bermula dari kita melangkah keluar dari rumah.."Begitu lebih kurang yang pernah saya dengar atau mungkin terbaca..Lantas saya terfikir apa yang berlaku ialah sebenarnya bantuan dari Allah S.W.T. untuk merealisasikan niat saya..Bukankah melalui ujian itu, saya boleh mencapai niat yang telah saya pasang seawal dulu sebelum sampai ke Mesir? Maka sepatutnya saya menyebut syukur...

Terima kasih ya Allah...Engkau tidak pernah lalai sedikitpun dari hamba-hamba-Mu..Engkau mendengar setiap bisikan..Engkau menjawab setiap permohonan..Engkau  mengira setiap air mata yang bertitisan..Semuanya tidak pernah Engkau lalaikan..Lantas, apa lagi yang boleh aku pertikaikan?

No comments:

Post a Comment