Tuesday, June 29, 2010

BILA SAMPAI JODOHNYA...

Allah akan terus menyaksikan...

Saya kembali untuk berkongsi..Semoga Allah memberkati perkongsian ini..Hmm..soalan yang sering meniti di bibir-bibir 'mereka'...

"Akak,bila nak kawin..?" atau mungkin begini...

"Kau..bila lagi...?"

Saya beri jawapan yang pelbagai untuk persoalan ini..tapi semuanya mungkin membawa maksud yang sama.Contohnya, lebih kurang begini...
.
" Nak kawin dengan siapa?"...atau..

"Calon pun belum ada lagi, macam mana?...."atau..

"Carikanlah untuk saya, hehe.."atau..

(diam sambil tersenyum..)

 Soalan yang kekadang melalikan telinga..tapi saya faham..sama ada mereka prihatin atau saja melawak dengan saya, atau juga cuba menggali lubang rahsia peribadi saya....terpulang..Siapalah kita untuk menentukan jodoh..Saya menganggap waktu ini Allah ingin mengisi dada saya dengan pelbagai ilmu..Dia mahu mengajar saya untuk menjadi wanita yang baik..Banyak lagi yang saya tidak tahu..Dia mahu hati saya bersih dalam menadah ilmu apatah lagi ilmu yang saya perlu saya kuasai ini amat berat..ilmu al-Quran..Dia mahu saya mencintai kalam-Nya dahulu sebelum mencintai yang lain..Untuk semua..saya suka kongsikan cerita ini...mudah-mudahan kita sama-sama dapat hayati..kisahnya begini...

Ada tiga pelajar lelaki yang bersahabat baik sejak di sekolah menengah. Ditakdirkan ketiga-tiga sahabat ini berjaya melanjutkan pelajaran dalan bidang agama di Timur Tengah. Dua daripada mereka memang terkenal aktif dalam pelbagai program anjuran kampus manakala yang seorang lagi menjadi ulat buku.

Ketiga-tiganya saling bersaing untuk menjadi siswa terbaik di kampus.
Si ulat buku ini tetap menang dalam acara menadah ilmu dan menjadi kebanggaan dua orang kawannya itu.
Dia juga merupakan teman rujuk kepada mereka berdua sejak di bangku sekolah lagi. Cinta si ulat buku ini kepada ilmu sehingga tak kisah pasal makan minum, dan duit yang ada banyak digunakan untuk membeli kitab-kitab rujukan.

Tiba di tahun empat iaitu tahun akhir, masing-masing sibuk mencari pasangan hidup yang sam sepengajian.
Tapi si ulat buku yang sudah layak dipanggil ustaz itu sibuk dengan dunia ilmunya saja sehingga merisaukan dua orang temannya.Puas diusik, puas dipadan-padankan, puas disuruh  cari tapi dia matikan diri, leka dengan keghairahan menadah ilmu.Semakin banyak menadah ilmu dengan alim ulama, dia rasa semakin banyak ilmu yang dia tidak tahu dan mahu untuk mencarinya lagi.

Sehinggalah detik-detik terakhir sebelum pulang ke tanah air, tiba-tiba seorang gadis menawarkan diri untuk dijadikan isteri. Gadis itu merupakan siswi terbaik di kampus itu yang mewakili Malaysia. Subhanallah, terpana seketika kedua-dua sahabatnya. Memang sesuai Allah jodohkan mereka berdua, sama padan dan sama alim. Di sini menyaksikan kebesaran Tuhan.

                                                                                                        sumber : Majalah ANIS

Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan daripada cerita ini?...sama-samalah kita fikirkan...(^_^.)



No comments:

Post a Comment