Sunday, July 11, 2010

Allahu Qawiyyul 'Aziz...

TIADA YANG KUAT
Api betapa pun panas akan padam
Sabut betapa pun timbul akan tenggelam
Laut betapa pun pasang akan surut
Kulit betapa pun tegang akan kecut
Ais betapa pun beku akan cair
Daun betapa pun rendang akan luruh
Buah betapa pun tinggi akan jatuh
Tembok betapa pun teguh akan roboh
Bukit betapa pun kukuh akan runtuh
Batu betapa pun keras akan hancur
Emas betapa pun kilat akan luntur
Besi betapa pun kuat akan lebur
Tanah betapa pun subur akan akan gersang
Tasik betapa pun berair akan kontang
Bunga betapa pun mekar akan layu
Tenaga betapa pun segar akan lesu
Akal betapa pun ingat akan lupa
Hati betapa pun waspada akan alpa

Di dunia yang sarat kepuraan ini
Siapakah lagi yang berani 
mengaku yang terhebat sekali
membongkak diri menipu sendiri
Seolah-olah tidak mati
Siapakah lagi?

                                                                                                     (Hadiah Sastera...)              

Monday, July 5, 2010

TIADA SEINDAH KALAM-MU...

Ya Allah jadikan al-Quran teman kami bermain...

Selaku orang yang berada dalam lapangan al-Quran, saya seringkali terfikir mampukah saya memegang kalam Allah ini? Bukan mudah bagai dikata...

Al-Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu kita mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan! Dari itu mari kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar telah mencintai al-Quran, kalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa
    Sekeping warkah daripada orang yang kita  cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Berbanding dengan al-Quran, biarpun kita membacanya berulang kali, tidak sedikitpun kita akan berasa jemu apatah lagi membencinya. Allah berfirman yang maksudnya:
 
     "'(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'du : 28)

       Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah dengan membanyakkan zikrullah (mengingati mati) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdhal (terbaik) itu ialah membaca al-Quran.

2. Kekasih yang perlu dimuliakan
    Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih ini kerana dengan itu kita akan memperoleh keberkatan daripada-Nya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

  "Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." (Al-An'am : 155)

3. Kekasih yang setia
    Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah indikasinya (ukurannya)?
    Bukankah qiamullail adalah satu indikasi dan pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.
    At-Tabrani meriwayatkan daripada al-Sahl bin Sa'ad r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Sabda baginda;

    "Kemuliaan seorang mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)."

    Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda baginda:

    "Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan itulis daripada kalangan orang yang berlaku adil." (Riwayat Abu Daud)

4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa
    Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah s.a.w. sering beri amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

    Daripada Anas bin Malik r.a katanya : Rasulullah bersabda :

    "Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang  kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakannya." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

    Selain itu, kita membelai kekasih itu dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam  malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu.

    Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

    "Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dalam dua perkara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Lantas, saya kembali menyoal diri..sudahkah saya menunaikan hak yang dikatakan 'kekasih' ini? Al-Quran itu boleh datang dan pergi..Selagi kita bersamanya, dia akan terus bersama kita..tapi sekali kita menjauhinya, amat sukar untuk merebut kembali cintanya...

Saturday, July 3, 2010

EXAM, EMOSI DAN SAYA...

Ya Allah..Engkau mendengar bisikan hatiku...

Dalam beberapa langkah atau hari lagi menuju hari peperiksaan, saya mungkin selalu bermain dengan emosi..emosi kadang-kadang jadi tak menentu apatah lagi kalau ada perkara yang membuatkan saya sedih..atau berhadapan situasi yang tidak menyebelahi diri, walaupun perkara tu perkara kecil..Contohnya situasi di bawah ini..

Pagi tadi saya ke 'Jawazat'  untuk membuat urusan mencop visa..kata kawan, nama saya sudah ada semasa dia berurusan hari Khamis yang lalu..maknanya saya boleh datang untuk minta dicop visa saya..Malangnya semasa saya dan beberapa orang sedang menyemak nama tadi, tiba-tiba 'blackout'..kemudian pegawai yang bertugas di situ kata "kholas..kholas.."(habis2..) sambil menunjuk ke lampu yang dah terpadam..Dia mengarahkan kami balik dan menyuruh kami datang semula minggu depan..Hmm..kami nak kata apa lagi..terpaksalah ikut arahan walaupun sebenarnya boleh 'settle' hari ini juga kalau dia memberi kami sedikit peluang lagi..Berlalu keluar dengan lemah dan kaki yang terasa berat..Pasrah..
Tapi, situasi seperti ini memang sudah 'adi(biasa) kat Mesir..Bukan urusan di 'Jawazat' semata-mata,malah kalau berurusan di tempat lain pun begitulah lebih kurang situasinya..Dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya.Sebarang kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku...Mungkin begitulah adat hidup di perantauan.Senior2 kat sini sering mengingatkan bahawasanya di Mesir ni kena banyakkan bersabar..Banyak dugaan..tahap tawakkal kena tinggi..betulkan niat sentiasa..inikan bumi anbiya'..Macam-macam boleh jadi..Oleh itu kena bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan..

Dalam perjalanan pulang, saya teringin pula makan 'sandwich to'miyah bilbidh(makanan tradisi masyarakat Mesir), roti isy yang diisi dengan telur rebus dan beberapa campuran lain seperti terung, to'miyah, dan sayuran lain..Selera makin bertambah memandangkan saya belum makan apa2 lagi sejak pagi tadi..Sudah terbayang  makan sandwich tadi dengan sos kat rumah nanti..memang sedap pada selera saya..
Beberapa minit berdiri menuggu giliran, aduh makin ramai pula orang Arab yang datang..saya kira memang sekitar waktu itu memang waktu mereka keluar untuk membeli makanan..yang sedihnya mereka tidak beratur.."waa..mana turn saya..?"dipotong, dipotong dan dipotong..hmm..dalam keadaan yang lemah masa tu saya malas untuk berebut2..boleh saja kalau saya mahu maju ke depan tapi perasaan ingin memberi peluang pada orang lain terlebih dulu akhirnya saya sendiri tenggelam dalam pusuan orang yang semakin ramai..waa..Saya berfikir untuk berundur saja waktu itu memandangkan makin ramai pelanggan yang datang..Sejenak saya mencari destinasi seterusnya hendak ke mana..ke kiri, ke kanan, semua jauh...Akhirnya saya melangkah lemah menuju jalan pulang ke rumah..hmm..pasrah lagi..

Situasi pagi tadi secara tidak langsung menambahkan ketidakstabilan emosi saya..Apa yang buat saya jadi begini sebenarnya..?rasa rendah diri tiba-tiba datang..perasaan ingin menyendiri pula bertandang..malas mahu bercakap..Hmm..mungkin ini situasi menjelang exam..Macam-macam yang singgah di fikiran..jadi lebih sensitif daripada sebelumnya..terfikir macam manalah masa exam nanti..dapat jawab kah tidak..waa..macam-macam..

Astaghfirullaahal 'aziim..Saya cuba mencari jalan untuk memujuk semula diri saya agar bangun dari mimpi buruk dan keluar dari khayalan ciptaan syaitan..Ayuh bangunlah diri..Meski kau tidak sehebat yang
lain..Bukan di situ kayu pengukurnya..Allah sentiasa ada untuk menghibur dan meriangkan hatimu..
"Justeru, ya Allah...gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.."

"Ya Allah...sejukkanlah hati ini dengan salji keyakinan, dan padamkan bara di jiwa dengan air keimanan.."

"Oh Tuhan...buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir..."

"Oh Tuhan...halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus, dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu..."


"Ya Allah...lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran, dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina..."

"Ya Allah...lenyapkanlah dukacitaku, hilangkanlah kesedihanku, dan halaulah keresahan dari jiwaku..."

"Aku berlindung kepada-Mu dari rasa takut, aku bersandar dan bererah hanya pada-Mu. Aku tidak meminta kecuali kepada-Mu, aku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemeliharaku-sebaik-baik pelindung dan penolong..."

                    (doa yang saya ambil dan ubah suai dari buku kegemaran saya-DONT BE SAD

Ayuh bangkitlah diri..jangan lemah lagi..
"Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan & saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu"
                                                                                                                     -Syed Qutb
 
Kuatkan diri..jangan turutkan hati..
"Mengejar impian memang memenatkan..kadang2 mengundang putus asa..Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga.."

 Hidupkan semula semangat juang..usah beralah lagi..
"Dedikasi buat jiwa-jiwa yang berjuang...Tetaplah melangkah demi menuju jalan-Nya...Tetaplah menyusuri demi menggapai rahmat-Nya...Tetaplah meredah demi meraih redha-Nya...Duhai jiwa, usah gentar untuk berjuang! Ayuh, kembara bersama! Moga terus tsabat hinggan sampai syurga-Nya..."
Mampukah saya menempuh saat2 menguji ini?..Mungkin saya terlalu memikirkan exam..Namun mahu atau tidak, sedaya upaya saya akan cuba juga untuk melayan cerita kawan2 yang lain..lontarkan senyuman..memberi reaksi yang ceria dan meraikan mereka...Selebihnya..cuba untuk menerima keadaan diri seadanya..banyak2kan berdoa memohon ketenangan hati..Insya Allah..


"Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah pada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya aada akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda".
                                                      (JANGAN BERSEDIH,Aidh B. Abdullah Al-Qarni) 
Akhir sekali...

"The worse you feel the stronger you need to be.."  

Kembalilah diri...(^-^.)











Friday, July 2, 2010

PUTERI IBU...

Ya Allah berkatilah ini...

Beradulah puteriku sayang..
setelah lelah bermain seharian..
esok adalah hari barumu..
kerana kaulah penerus tugas ibu..
Beradulah dengan nyenyak puteriku sayang..
esok adalah hari buat meneruskan perjuangan..
jadilah kau srikandi berjaya..
sentiasa menyemarak budi yang luhur..
sebagai wanita peneraju bangsa..
teruskan impian ibu..
agar kau menjadi pelindung wanita sejati!

Ibu mungkin pernah mendodoi saya dengan puisi ini suatu masa dulu..Mungkin..Bagi saya sebenarnya hati ibu selalu saja berpuisi..hati ibu selalu saja mendendangkan lagu untuk saya, abang, kakak dan adik-adik..ibu selalu menukil sajak paling puitis buat kami..ibu menyanyikan syair yang paling merdu..sedayanya ibu pastikan karyanya adalah terindah buat kami..hanya saja tidak semua karya ikhlas ibu itu dapat ibu dengarkan..ibu lebih banyak meluahkannya dalam ingatan..ibu lebih gemar berdeklamasi dengan bayangan..begitulah bahasa ibu..ibu tidak mampu meluahkan semua...ibu kata pasti dia kalah...kerana anak-anaknya sudah besar panjang..Ketahuilah ibu...sebenarnya ibu tidak pernah kalah...Cuma ibu selalu saja membuat kami merasa menang.....
Alangkah indahnya bahasa ibu..(^_^.)

p/s-Ibu...doakan anakmu berjaya...kami sayang ibu...