Saturday, September 18, 2010

1ST SYAWAL IN EGYPT


 Bismillaah...
Masih lagi kesyukuran ini ditujukan buat Yang Maha Pemberi..Selawat dan salam sentiasa buat junjungan mulia..tidak pudar warna dakwah yang dibawanya hingga ke akhir zaman..



Inilah pertama kalinya saya menyambut Syawal di negara orang..Apa yang dapat disimpulkan,
sambutan Syawal di bumi Mesir memanglah tidak sama dengan di Malaysia.Masyarakat di sini beraya tanpa bunga api, tiada pelita yang bergemerlapan, lagu raya yang berkumandang, kuih-muih yang beraneka warna dan rasa, lampu kelip2..malah tidak nampak suasana ziarah-menziarahi seperti yang biasa diamalkan di Malaysia..Selesai sahaja solat Raya, mereka kembali ke rumah masing2 dan.....senyap macam tu saja..seolah2 hari itu bukan hari Raya..Fuh..Berbezanya cara kita...

Mengikut kebiasaannya pelajar2 Malaysia akan solat raya bersama2 sama ada di rumah negeri atau nama lainnya BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) masing2, atau di masjid2 yang berkenaan, juga tempat2 tertentu yang telah ditetapkan oleh barisan kepimpinan pelajar di sini..Pada saya, pilihlah yang mana selesa buat anda di sini..yang penting hati kita niat beribadat kerana Allh swt..sebagai tanda syukur atas kemenangan dan kembalinya kita pada fitrah.

 Mansurah(tempat saya tinggal) sunyi sepi dek ramai pelajar yang pulang bercuti ke Malaysia, ke Kaherah, dan tidak kurang mereka yang beraya di Mekah..Sehingga saya sendiri terpaksa join rumah kawan di bawah kerana tinggal saya seorang saja di rumah masa tu..tidak mengapalah...yang penting happy...^_^


Duduk bersendirian di rumah mengundang bermacam ragam perasaan..Untuk itu, saya cuba menikmati Eidul Fitri kali ini dengan mengisi ruang2  masa yang ada untuk mengelakkan kesedihan, kerinduan terhadap kelaurga yang jauh di mata..saya pergi ke rumah terbuka, beraya ke Tanta dan Kaherah juga...namun kadangkala,perasaan ini terusik juga..biasalah, manusia...


Kebiasaannya pagi Syawal kami sekeluarga akan bergambar beramai2..kemudian mengunjungi pusara ahli keluarga yang telah pergi..seterusnya berziarah ke rumah sanak saudara seharian sehingga ke malam sebelum kembali ke rumah semula..Banyak perasaan yang perlu dikorbankan pada Syawal kali ini..


Kedatangan rombongan pertama pelajar baru(freshie) ke Mansurah 2 malam yang lepas serba sedikit dapat melupakan saya pada kenangan menyambut Syawal bersama keluarga di Malaysia sekaligus terkenang kembali kenangan semasa mula2 sampai ke Mesir dekat setahun lalu..Tahun ini 2 org pelajar baru menambahkan lagi korum ahli rumah kami..Selamat datang buat adik2 semua...Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum...Berta'aruf dan melayan mereka sekurang-kurangnya dapat mengubat segala macam 'spesis' perkara yang bermain di fikiran dan segala benda yang berkumpul dalam segumpal darah bernama hati..
Saya amat berharap adik2 baru yang datang dapat menerima seadanya keadaan di bumi tinggalan nabi Musa 
ini dan dapat mencedok sebanyak2nya ilmu Allah yang amat banyak di sini..Semoga ukhuwwah kita diberkati Allah...(^_^.)

No comments:

Post a Comment