Saturday, September 25, 2010

I'M TOO BUSY!

Terima kasih atas keizinan ini ya Allah...
  
Dalam meniti kehidupan seharian, perjalanan hidup kita merakamkan berbagai macam gaya dan ragam kehidupan sekalian makhluk Allah yang bernama manusia. Kesibukan memenuhi aktiviti seharian menutup ruang waktu untuk kita menimbang semula berapa banyak sudah amalan yang kita masukkan dalam 'akaun simpanan masa hadapan' untuk kita persembahkan di hadapan Tuhan..Apa sebenarnya yang ingin kita kejar?Justeru saya tertarik pada puisi di bawah ini..


Everyday I wake up at dawn
My mind start working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That's why I hastily did my subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd..

I'm busy here and busy there
I've no time at all, that's all I care
I went for religious lessons, just once in a while
coz I'm too busy making a pile..

I worked all day and I slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
So I only did basic deeds but that's not enough..

No time at all, to admire God's creation
no time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn't strive..

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my life's history
I feel so guilty b'coz I should have prayed more
Isn't that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..

Now at Judgement Day, I'm starting to fret
I've wasted my life but it's too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behavior
But I have not done enough or did proper prayer

My  "good deed book" is given from my right
An angel opened my "book" and read out my plight.

Then the angel chided me..
"O you Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
Saying "no time" is only an excuse..
Your "good deed book" should be filled up more
With all the good work you stood up for..

Hence, I only recorded those little good deeds
as I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But I did not have, "THE TIME TO LIST"...
 


Saya menyoal diri.."Beginikah saya?"...Anda?...






Saturday, September 18, 2010

1ST SYAWAL IN EGYPT


 Bismillaah...
Masih lagi kesyukuran ini ditujukan buat Yang Maha Pemberi..Selawat dan salam sentiasa buat junjungan mulia..tidak pudar warna dakwah yang dibawanya hingga ke akhir zaman..



Inilah pertama kalinya saya menyambut Syawal di negara orang..Apa yang dapat disimpulkan,
sambutan Syawal di bumi Mesir memanglah tidak sama dengan di Malaysia.Masyarakat di sini beraya tanpa bunga api, tiada pelita yang bergemerlapan, lagu raya yang berkumandang, kuih-muih yang beraneka warna dan rasa, lampu kelip2..malah tidak nampak suasana ziarah-menziarahi seperti yang biasa diamalkan di Malaysia..Selesai sahaja solat Raya, mereka kembali ke rumah masing2 dan.....senyap macam tu saja..seolah2 hari itu bukan hari Raya..Fuh..Berbezanya cara kita...

Mengikut kebiasaannya pelajar2 Malaysia akan solat raya bersama2 sama ada di rumah negeri atau nama lainnya BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) masing2, atau di masjid2 yang berkenaan, juga tempat2 tertentu yang telah ditetapkan oleh barisan kepimpinan pelajar di sini..Pada saya, pilihlah yang mana selesa buat anda di sini..yang penting hati kita niat beribadat kerana Allh swt..sebagai tanda syukur atas kemenangan dan kembalinya kita pada fitrah.

 Mansurah(tempat saya tinggal) sunyi sepi dek ramai pelajar yang pulang bercuti ke Malaysia, ke Kaherah, dan tidak kurang mereka yang beraya di Mekah..Sehingga saya sendiri terpaksa join rumah kawan di bawah kerana tinggal saya seorang saja di rumah masa tu..tidak mengapalah...yang penting happy...^_^


Duduk bersendirian di rumah mengundang bermacam ragam perasaan..Untuk itu, saya cuba menikmati Eidul Fitri kali ini dengan mengisi ruang2  masa yang ada untuk mengelakkan kesedihan, kerinduan terhadap kelaurga yang jauh di mata..saya pergi ke rumah terbuka, beraya ke Tanta dan Kaherah juga...namun kadangkala,perasaan ini terusik juga..biasalah, manusia...


Kebiasaannya pagi Syawal kami sekeluarga akan bergambar beramai2..kemudian mengunjungi pusara ahli keluarga yang telah pergi..seterusnya berziarah ke rumah sanak saudara seharian sehingga ke malam sebelum kembali ke rumah semula..Banyak perasaan yang perlu dikorbankan pada Syawal kali ini..


Kedatangan rombongan pertama pelajar baru(freshie) ke Mansurah 2 malam yang lepas serba sedikit dapat melupakan saya pada kenangan menyambut Syawal bersama keluarga di Malaysia sekaligus terkenang kembali kenangan semasa mula2 sampai ke Mesir dekat setahun lalu..Tahun ini 2 org pelajar baru menambahkan lagi korum ahli rumah kami..Selamat datang buat adik2 semua...Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum...Berta'aruf dan melayan mereka sekurang-kurangnya dapat mengubat segala macam 'spesis' perkara yang bermain di fikiran dan segala benda yang berkumpul dalam segumpal darah bernama hati..
Saya amat berharap adik2 baru yang datang dapat menerima seadanya keadaan di bumi tinggalan nabi Musa 
ini dan dapat mencedok sebanyak2nya ilmu Allah yang amat banyak di sini..Semoga ukhuwwah kita diberkati Allah...(^_^.)

Friday, September 17, 2010

SYAWAL DATANG LAGI

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah swt yang masih mengizinkan jasad ini bernafas..Masih memanjangkan peluang untuk menikmati Syawal tahun ini..


Rasanya belum terlambat untuk untuk saya mengucapkan salam lebaran buat semua yang sempat membaca blog ini..juga buat yang mengenali saya tidak kira di mana jua anda berada..semoga lebaran kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita...Nikmatilah seadanya..jangan sampai kegembiraan yang dipinjamkan ini membuatkan kita leka sehingga lupa untuk melafaz syukur pada-Nya..


Teruskan 'topup' amalan..elakkan pembaziran..ingat mereka yang kurang upaya serta ziarahilah kaum keluarga,kawan2..sama2 kita bermaaf-maafan..0-0 ya..

Taqobbalallaahu Minnaa Waminkum..Minnaa Waminkum Taqobbal ya Kareem...semoga amalan kita diterima..(^_^)