Tuesday, June 29, 2010

BIAR...

Bismillaah...

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat.
Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula.
Biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu keperitan derita ini.
Agar aku sedar kesengsaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w.
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya,
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri,
Cahaya kelam pahala dosa,
berupaya memilihnya.
Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu,
Namun peluang dari-Nya sentiasa ada.
Namun kasih-Nya sentiasa memayungi.
Diturunkan al-Din memperhalusi akal,
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak,
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti,
Menjadi sebaik-baik umat,
Tunduk sebagai hamba,
Berjalan sebagai khalifah,
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata 'iman',
Menyemai pohon 'taqwa',
agar dapat berteduh dari kepanasan 'nafsu',
agar dapat berlindung dari angin hasutan 'syaitan',
dalam mencari 'KEREDHAAN ALLAH S.W.T.'...

                                                                                                                          (copied from...)

BILA SAMPAI JODOHNYA...

Allah akan terus menyaksikan...

Saya kembali untuk berkongsi..Semoga Allah memberkati perkongsian ini..Hmm..soalan yang sering meniti di bibir-bibir 'mereka'...

"Akak,bila nak kawin..?" atau mungkin begini...

"Kau..bila lagi...?"

Saya beri jawapan yang pelbagai untuk persoalan ini..tapi semuanya mungkin membawa maksud yang sama.Contohnya, lebih kurang begini...
.
" Nak kawin dengan siapa?"...atau..

"Calon pun belum ada lagi, macam mana?...."atau..

"Carikanlah untuk saya, hehe.."atau..

(diam sambil tersenyum..)

 Soalan yang kekadang melalikan telinga..tapi saya faham..sama ada mereka prihatin atau saja melawak dengan saya, atau juga cuba menggali lubang rahsia peribadi saya....terpulang..Siapalah kita untuk menentukan jodoh..Saya menganggap waktu ini Allah ingin mengisi dada saya dengan pelbagai ilmu..Dia mahu mengajar saya untuk menjadi wanita yang baik..Banyak lagi yang saya tidak tahu..Dia mahu hati saya bersih dalam menadah ilmu apatah lagi ilmu yang saya perlu saya kuasai ini amat berat..ilmu al-Quran..Dia mahu saya mencintai kalam-Nya dahulu sebelum mencintai yang lain..Untuk semua..saya suka kongsikan cerita ini...mudah-mudahan kita sama-sama dapat hayati..kisahnya begini...

Ada tiga pelajar lelaki yang bersahabat baik sejak di sekolah menengah. Ditakdirkan ketiga-tiga sahabat ini berjaya melanjutkan pelajaran dalan bidang agama di Timur Tengah. Dua daripada mereka memang terkenal aktif dalam pelbagai program anjuran kampus manakala yang seorang lagi menjadi ulat buku.

Ketiga-tiganya saling bersaing untuk menjadi siswa terbaik di kampus.
Si ulat buku ini tetap menang dalam acara menadah ilmu dan menjadi kebanggaan dua orang kawannya itu.
Dia juga merupakan teman rujuk kepada mereka berdua sejak di bangku sekolah lagi. Cinta si ulat buku ini kepada ilmu sehingga tak kisah pasal makan minum, dan duit yang ada banyak digunakan untuk membeli kitab-kitab rujukan.

Tiba di tahun empat iaitu tahun akhir, masing-masing sibuk mencari pasangan hidup yang sam sepengajian.
Tapi si ulat buku yang sudah layak dipanggil ustaz itu sibuk dengan dunia ilmunya saja sehingga merisaukan dua orang temannya.Puas diusik, puas dipadan-padankan, puas disuruh  cari tapi dia matikan diri, leka dengan keghairahan menadah ilmu.Semakin banyak menadah ilmu dengan alim ulama, dia rasa semakin banyak ilmu yang dia tidak tahu dan mahu untuk mencarinya lagi.

Sehinggalah detik-detik terakhir sebelum pulang ke tanah air, tiba-tiba seorang gadis menawarkan diri untuk dijadikan isteri. Gadis itu merupakan siswi terbaik di kampus itu yang mewakili Malaysia. Subhanallah, terpana seketika kedua-dua sahabatnya. Memang sesuai Allah jodohkan mereka berdua, sama padan dan sama alim. Di sini menyaksikan kebesaran Tuhan.

                                                                                                        sumber : Majalah ANIS

Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan daripada cerita ini?...sama-samalah kita fikirkan...(^_^.)



SUDAH BERLALU DETIK ITU...

Allah masih meminjamkan usia ini buat saya...

Hari ini atau malam ini, lebih kurang 272 hari saya berpijak di bumi tinggalan nabi Musa a.s. ini..9 bulan?? ya, begitulah lebih atau kurangnya..Alhamdulillah...Saya suka menganggap bahawasanya kemasih beradaan saya di sini ialah kerana Allah mahu saya terus belajar dari apa yang saya dapat di sini, tidak kira sama ada ilmu yang saya perolehi dari kitab-kitab yang memang banyak di sini, ataupun ilmu yang Allah bekalkan melalui pengalaman..pahit atau manis...semuanya ada mesejnya yang tersendiri..

Saya masih teringat lagi ketika mula-mula sampai dulu..Ketika itu, diri ditimpa ujian yang terlalu berat..merampas seluruh kekuatan..meragut semua impian saya..Boleh dikatakan hampir setiap hari dan malam saya menangis..tidur asyik terjaga..memikirkan dan terfikir apa yang menimpa..ditambah pula dengan ingatan terhadap keluarga yang jauh (saya kan baru sampai)..Dalam keadaan sebegitu, amat payah untuk saya jana kekuatan..Macam-macam dalam fikiran..terasa bagai jatuh lalu ditimpa tangga kerana tekanan yang datang bertubi-tubi..terasa juga seperti sampah, lalu dicampak sewenang-wenang , kemudian dipijak dan diludah tanpa setitikpun pun belas kasihan..itulah yang boleh saya gambarkan..Secara jujurnya, itulah ujian yang paling berat untuk saya hadapi..Ya Allah...sebenarnya berat lagi kasih-Mu padaku...Aku malu...

Masa tu banyak aktiviti yang perlu saya ikuti..maklumlah,pelajar baru...banyak program yang telah diaturkan..Alhamdulillah, kesibukan waktu itu melupakan saya pada cerita pahit yang masih mekar dalam bunga fikiran..Semuanya dengan izin Allah...Namun kadangkala cerita itu bermain lagi dalam wayang minda dan perasaan yang sangat tidak menentu waktu itu..Ya Allah...betapa lemahnya imanku....

Saya mengikuti hampir semua program yang dianjurkan..Antara lain niat saya untuk mencedok ilmu..dan memperkasakan iman melalui majlis-majlis ilmu serta jalan untuk dekatkan saya pada-Nya. Muhadharah Syeikh, kelas Tafaqquh, Daurah kitab termasuklah jaulah ke maqam-maqam sekitar Mansoura (tempat saya tinggal sekarang), Iskandariah dan lain-lain..Alhamdulillah..melalui ujian yang saya anggap perit itu, terbisik di dalam hati sebenarnya Allah mahu menyedarkan saya dari kelalaian..Allah sebenarnya sedang menghulur tangan-Nya untuk menarik saya dari kejahilan..Subhaanallaah..Bukankah itu tangan yang saya cari?...

Namun itu semua telah berlalu...Bukankah setiap kesusahan itu akan Allah susuli dengan kesenangan? Hati terhibur pabila membaca janji Allah ini..Sungguh janji Allah tidak pernah dusta...Ya Allah..ampuni hamba-Mu yang lemah....

"Allah akan bantu kita mengikut apa yang kita niatkan bermula dari kita melangkah keluar dari rumah.."Begitu lebih kurang yang pernah saya dengar atau mungkin terbaca..Lantas saya terfikir apa yang berlaku ialah sebenarnya bantuan dari Allah S.W.T. untuk merealisasikan niat saya..Bukankah melalui ujian itu, saya boleh mencapai niat yang telah saya pasang seawal dulu sebelum sampai ke Mesir? Maka sepatutnya saya menyebut syukur...

Terima kasih ya Allah...Engkau tidak pernah lalai sedikitpun dari hamba-hamba-Mu..Engkau mendengar setiap bisikan..Engkau menjawab setiap permohonan..Engkau  mengira setiap air mata yang bertitisan..Semuanya tidak pernah Engkau lalaikan..Lantas, apa lagi yang boleh aku pertikaikan?

Monday, June 28, 2010

BISMILLAAH PEMBUKA BICARA...

Ya Allah...Engkau Maha Menyaksikan...
Segala puji ke hadhrat-Mu..Tuhan disembah sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan-Mu, kekasih yang berhak dikasih..

Ya Allah..bantu hamba-Mu untuk meneruskan perjuangan ini...

Merenung diri yang penuh dengan kekurangan dan kejahilan, saya gagahkan jua niat untuk menyambung kembali blog ini setelah sekian lama saya tinggalkan..Semoga bakal memberi manfaat buat mereka yang membacanya..
Juga buat renungan dan pengajaran buat diri sendiri yang masih terlalu banyak kelemahan yang perlu dibetulkan...

Saya suka untuk menjadikan medan ini sebagai salah satu jalan ibadat..juga sebagai metod dakwah untuk diri sendiri terlebih dulunya..berkongsi pengalaman..Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya..Tegurlah saya andai kata tersalah atau tersilap dalam menyusun kata dan sebagainya...
Akhir kata..semoga ibadah ini diterima...Amin..